BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 14, 2010

dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

Aku sudah sampai ke tanah dimana tempat aku berkerja dan sebagainya. Tapi perasaan aku kini merindui keadaan di Ipoh. Aku rindu Saudara mara, kepanasan cuaca, nyalakkan anjing2 liar dan sebagainya. Harap aku akan berhijrah ke sana 1 hari nanti.

Saturday, September 11, 2010

raya oh raya . sakit gua .



1st day raya. Soul datang time pagi2 raya saja. Selainnya soul gua jalan jauh2.

Thursday, September 9, 2010

raya already coming .

Raya sudah kembali. Seperti biasa semua orang bertungkus lumus mengemas rumah. Aku juga terlibat dalam aktiviti tu. Motif aku post blog hari ini kerana aku rasa raya takde dalam diri aku. Serius dari hati tulus ikhlas dan tak tahu kenapa. Aku rindu zaman2 kecil dahulu. Semuanya indah pabila raya tiba, tapi sekarang seperti hari2 biasa yang aku hadapi sebelum ni. Jadi Selamat Hari Raya untuk siapa2 mgenali diri aku, Maaf zahir dan batin. I Love U Zainab Bte Hashim . *Al-Fatihah*

Monday, August 23, 2010

Aku tendang kau boleh ?


OK! aku sekarang nak meluahkan perasaan sikit. Tahun ni memang raya tiada erti bagi hidup aku. Salah satu sebab aku kena lawati kawasan di gunung sana. Pastu raya aku kena kerja. Seronok bukan? tapi takpe, sebab aku rasa setiap tahun raya sama je. Sama seperti hari2 biasa dalam kehidupan aku. Yang membezakan adalah boleh hisap rokok pada setiap pagi. Apa harus aku lakukan sekarang?

Saturday, August 14, 2010

berbulan puasa dengan gigih.

Bulan Ramadhan telah tiba dan hari ini sudah masuk puasa ke 4. Secara jujur, niat aku nk FULL puasa tahun ni. Jadi aku kene tahan dengan semua nafsu, semua jenis nafsu. Hari ni aku rasa aku nk makan ayam golek yang jual kat Danau Kota. Tahun lepas aku makan sedap tapi tak tahu tahun ni sedap ke tidak. Baiklah, aku nak beradu dan selepas beradu pergi bazaar melihat ragam manusia.

Friday, July 23, 2010

Subang tersangkut.

Hari ini aku dipaksa ke Subang untuk memerhati keadaan sekeliling sempena tema mari membazir duit. Keadaan sekeliling agak seronok sebab tempat agak cantik dan sempit. Sempat juga aku berbual dengan rakan2 lain, tapi agak di pinggirkan. Aku harap bukan nama aku tertera untuk ke sana lagi kerana air sudah naik sampai lutut.

Monday, July 12, 2010

bye2 WC 2010

WC da habis pagi tadi. Aku turut menjayakan di ICity sec.7 bersama kawan2 aku yang lain. Walaupon team aku bukan juara tahun ni, aku tetap sokong team aku. Kejayaan Sepanyol semalam agak seronok untuk budak2 Sepanyol. Bagi aku dorang main memang best, yang tak best tentang Sepanyol ada fans2 Sepanyol. Aku akan jerit sekuat hati kalau Belanda kalahkan Sepanyol sebab aku nak lihat sorang2 muka fans Sepanyol. Tahniah buat Sepanyol. Badge korang da ada 1 bintang. Kitorang ade 3 bintang. ^^