Raya sudah kembali. Seperti biasa semua orang bertungkus lumus mengemas rumah. Aku juga terlibat dalam aktiviti tu. Motif aku post blog hari ini kerana aku rasa raya takde dalam diri aku. Serius dari hati tulus ikhlas dan tak tahu kenapa. Aku rindu zaman2 kecil dahulu. Semuanya indah pabila raya tiba, tapi sekarang seperti hari2 biasa yang aku hadapi sebelum ni. Jadi Selamat Hari Raya untuk siapa2 mgenali diri aku, Maaf zahir dan batin. I Love U Zainab Bte Hashim . *Al-Fatihah*
Thursday, September 9, 2010
Monday, August 23, 2010
Aku tendang kau boleh ?

OK! aku sekarang nak meluahkan perasaan sikit. Tahun ni memang raya tiada erti bagi hidup aku. Salah satu sebab aku kena lawati kawasan di gunung sana. Pastu raya aku kena kerja. Seronok bukan? tapi takpe, sebab aku rasa setiap tahun raya sama je. Sama seperti hari2 biasa dalam kehidupan aku. Yang membezakan adalah boleh hisap rokok pada setiap pagi. Apa harus aku lakukan sekarang?
Posted by DaGreat is here ? at 10:37 AM 0 comments
Saturday, August 14, 2010
berbulan puasa dengan gigih.
Bulan Ramadhan telah tiba dan hari ini sudah masuk puasa ke 4. Secara jujur, niat aku nk FULL puasa tahun ni. Jadi aku kene tahan dengan semua nafsu, semua jenis nafsu. Hari ni aku rasa aku nk makan ayam golek yang jual kat Danau Kota. Tahun lepas aku makan sedap tapi tak tahu tahun ni sedap ke tidak. Baiklah, aku nak beradu dan selepas beradu pergi bazaar melihat ragam manusia.
Posted by DaGreat is here ? at 2:19 AM 0 comments
Friday, July 23, 2010
Subang tersangkut.
Hari ini aku dipaksa ke Subang untuk memerhati keadaan sekeliling sempena tema mari membazir duit. Keadaan sekeliling agak seronok sebab tempat agak cantik dan sempit. Sempat juga aku berbual dengan rakan2 lain, tapi agak di pinggirkan. Aku harap bukan nama aku tertera untuk ke sana lagi kerana air sudah naik sampai lutut.
Posted by DaGreat is here ? at 11:01 AM 0 comments
Monday, July 12, 2010
bye2 WC 2010
WC da habis pagi tadi. Aku turut menjayakan di ICity sec.7 bersama kawan2 aku yang lain. Walaupon team aku bukan juara tahun ni, aku tetap sokong team aku. Kejayaan Sepanyol semalam agak seronok untuk budak2 Sepanyol. Bagi aku dorang main memang best, yang tak best tentang Sepanyol ada fans2 Sepanyol. Aku akan jerit sekuat hati kalau Belanda kalahkan Sepanyol sebab aku nak lihat sorang2 muka fans Sepanyol. Tahniah buat Sepanyol. Badge korang da ada 1 bintang. Kitorang ade 3 bintang. ^^
Posted by DaGreat is here ? at 9:06 AM 0 comments
Wednesday, June 16, 2010
Deutschland wird Meister sein .

Sekarang demam world cup. Gua pon turut terjebak dalam hal ni. Walau bagaimana pon, gua mengharap 1. Germany jadi juara 2010! memang ramai yang menguji perasaan aku dengan pelbagai cara. Tapi Germany tetap di hati. Aku pon tidak tahu kenapa aku minat team ni. Mungkin kerana sejarah dan dari lain2 sudut. Awal permainan dorang pon da cukup membanggakan aku. "ada peluang juara tahun ni" bisik hatiku yang cool ni. Kita cuma tengok dan lihat saja sebab kita cuma penyokong. Tapi yang paling penting, YNWA ~ Cheers ~
Posted by DaGreat is here ? at 6:59 AM 1 comments
Tuesday, June 1, 2010
Berita buruk tak seburuk ......

"hey tobex, 3 orang tau" *dush* di kepala aku semasa sibuk mengawasi kawasan aku. Aku blur sebentar memikirkan pe yang patut aku buat. Tetapi kitorang perlu teruskan. Tapi... Apa yang patut aku cakap pada yang lain2? Perasaan !#$%&* timbul dalam diri dari pukul 5 petang sampai sekarang. Erm, aku takde idea nak bebel pe lagi.
Posted by DaGreat is here ? at 9:45 AM 0 comments
